Friday, February 12, 2010

Ghazwatul Fikri (Serangan Pemikiran)

Ghazwul Fikri (Serangan Pemikiran) dilakukan oleh orang kafir terutama orang Kristian kepada Ummah Islam. Usaha ghazwul fikri kepada ummah Islam adalah usaha yang sistematik dan dirancang secara kemas sebagai jalan lain dan utama bagi menghancurkan Islam. Ghazwatul Fikri adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan pihak kuffar dan menakutkan mereka sedangkan ummah Islam sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran fizikal tersebut semasa seperti semasa perang Salib.

Serangan fizikal yang dilakukan kepada ummah Islam akan menjadikan ummah Islam kuat dan akhirnya menang. Perkara ini telah banyak dibuktikan di dalam sejarah sama ada semenjak Nabi Muhammad SAW atau sejarah Ummah Islam secara umumnya. Dengan tekanan fizikal, Umat Islam menjadi berani kerana Allah SWT dan RasulNya banyak berjanji kepada mereka yang berjihad dimana mereka akan mendapat ganjaran yang sangat banyak. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi, sedangkan pihak kuffar berperang untuk mencari hidup dan takutkan mati. Keadaan puak kafir itu telah menjadikan mereka kalah sebelum berperang.

Orang Kafir berjaya mengalahkan umat Islam dengan menyerang pemikiran mereka, sehingga umat Islam merubah cara berfikir. Umat Islam yang sudah terkena suntikan pemikiran barat atau pemikiran Jahiliyah yang disuntik ke dalam otak umat Islam secara bertahap, pasti akan merubah tingkah lakunya seperti personaliti, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Dengan keadaan ini, maka umat Islam hanya tinggal status sahaja. Muslim tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan menyerang Islam pula dengan pemikirannya yang jahil sebagai mangsa dari ghazwatul fikri ini.

Kejatuhan Khilafah Islamiyah sebagai contoh besar kehancuran kerajaan Islam dan juga sebagai kehilangan umat Islam untuk memberikan walanya. Kejatuhan Khilafah Islamiyah dilaksanakan oleh pihak Kristian dan Orientalis mengikut beberapa peringkat.

Sekarang ini, banyak fenomena yang berlaku ke atas kejatuhan umat islam di antaranya nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya,”Akan muncul satu golongan di akhir zaman ini iaitu golongan yang menjatuhkan islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mengaku diri mereka islam. Maka perangilah golongan ini kerana merekalah sebenarnya orang musyrikin”.

Jadi kita sebagai umat islam diwajibkan ke atas kita untuk berjuang di jalan Allah dalam mempertahankan agama yang paling mulia di sisi Allah iaitu ISLAM.

No comments:

Post a Comment