Wednesday, November 25, 2009

Kelebihan Aidil Adha


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.”
Riwayat Muslim dan Aisyah r.a


a) Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib mengerjakan haji di Mekah.

b) Ibadat haji merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk “menghampiri Allah S.W.T” yang juga disebut sebagai menyahut panggilan “Baitullah” atau menjadi “tetamu Allah” di mana ibadat ini perlu dikerjakan dengan penuh ketelusan, keikhlasan dan keinsafan serta tidak terpesong dari tujuannya yang sebenar.

c) Matlamat akhir yang diharapkan daripada kerja-kerja haji ialah untuk memperoleh dan mendapat haji yang mabrur, amalan yang banyak dan berkat serta dosa-dosa diampunkan. Apabila kembali dari tanah suci seseorang individu itu diharapkan benar-benar telah berubah, bersih, suci seperti sucinya diri semasa dilahirkan.

d) Di antara amalan yang dilaksanakan dalam ibadah haji ialah:

1) Bertawaf di sekeliling Kaabah sebagai menghormati Masjidil Haram dan jika berpeluang disunatkan untuk mencium Hajar Aswad .
2) Wukuf di Padang Arafah sebagai mengingatkan diri tentang satu perhimpunan raksasa di Padang Mahsyar di Hari Kiamat kelak.

e) Bagi orang Islam yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji, mereka sebenarnya masih berpeluang untuk sama-sama mengaut pahala yang besar sempena hari Arafah tersebut di mana mereka digalakkan berpuasa sunat pada hari wukuf di Arafah itu kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang berpuasa sunat pada hari Arafah iaitu setahun sebelum dan setahun selepas melaksanakan puasa sunat tersebut.

Monday, November 9, 2009

Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Mengapa disebut tempat sujud? Sedangkan masjid merupakan tempat sembahyang dan ibadah. Kalimah ini merupakan majazi (metafora) dari sudut ilmu Balaghah di mana ia hanya menyebut satu bahagian tertentu daripada suatu perkara namun maksud sebenar adalah perkara tersebut. Seperti sujud yang merupakan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang digunakan di sini namun ia membawa maksud sembahyang. Ertinya masjid adalah tempat sembahyang.

di bawah ini terdapat beberapa gambar masjid yang terdapat di beberapa buah negara. sekadar untuk dikongsi bersama....


masjid Nabawi di MADINAH

masjid Negara di MALAYSIA

masjid Toronto di CANADA
masjid di MOSCOW
masjid di LONDON

masjid di NIGERIA

masjid di PARIS

masjid di IRELAND




Tuesday, November 3, 2009

....kalau tak malu....

"Sesungguhnya antara kata2 ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah : Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu." (HR Bukhari)

Malu merupakan sifat terpuji dan merupakan akhlak para Rasul, Nabi2 dan malaikat.

Kata2 "Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu", bukan merupakan suruhan untuk melakukan, tetapi merupakan larangan supaya menjauhi sifat "tidak malu" yang menjadi punca kepada lenyapnya iman seseorang. Sedangkan malu adalah sebahagian dari iman, sebagaimana maksud sebuah hadis lain.

Sifat malu yang terpuji terbahagi dua :
1. Yang boleh diusahakan - iaitu sifat malu yang dilatih sehingga menjadi pakaian diri seseorang. Sebagai contoh cara yang diusahakan adalah dengan mengenal Allah (ma'rifatullah) dan merasai diri sentiasa dipantau dan diawasi Allah (muraqabah).

2. Yang tidak boleh diusahakan - rasa malu semulajadi yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Malu yang dicela pula adalah malu yang tidak menepati syarak seperti malu bertanya hal2 agama atau malu melakukan kebaikan. Malu seperti ini adalah yang tercela dan dilarang oleh agama.

Malu dan iman itu berpasangan. Apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang keduanya turut hilang.

Semoga kita menjadi orang yang memiliki malu agar dengannya kita dapat memelihara iman kita. Wallahua'lam. (Rujukan Hadis 40)

Monday, November 2, 2009

malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke


''Malam Pertama Kita''

Wednesday, October 28, 2009

Pesan Roh Kepada Manusia


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Wednesday, October 14, 2009

3 golongan manusia

1) golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka

golongan ini tunduk kpd dunia & kekal dlm keduniaan. inilah golongan org2 kafir & org2 yg menuruti cara mereka, iaitu org2 yg melupakan ALLAH, lantas ALLAH melupakan mereka. ALLAH berfirman :
"maka pernahkah kamu melihat org2 yg menjadikan hawa nafsunya sbg Tuhannya & ALLAH membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya & ALLAH telah mengunci mati pendengaran & hatinya & meletakkan tutupan atas penglihatannya. maka siapakah yg akan memberinya petunjuk setelah ALLAH (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran"-Al-Jaatsiyah: 23

2) golongan yg berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu kadangkala mereka menang & kadangkala mereka kalah

apabila mereka tersalah mereka bertaubat, apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun dari ALLAH. ALLAH berfirman:
"dan (juga) org2 yg apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan ALLAH lalu memohon ampun terhadap dosa mereka & siapa lagi yg dpt mengampuni dosa selain drpd ALLAH & mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui"-Aali-Imran: 135

3) golongan org2 maksum, seperti para Rasul & para nabi

telah diriwayatkan drpd Wahab bin Munabbih beliau berkata bhw Iblis telah menemui Yahya bin Zakaria lantas Yahya bin Zakaria berkata kpd Iblis: "ceritakanlah kpdku ttg tabiat anak Adam di sisi kamu." Iblis pun berkata: "segolongan mereka ialah org2 yg seperti kamu, mereka itu maksum, kami tidak mampu sedikitpun menggoda mereka & golongan kedua ialah golongan yg menjadi seperti bola di tangan anak-anak kamu. hawa nafsu golongan ini telah menolong kami melawan mereka dan golongan ketiga pula ialah golongan yg amat sukar bg kami, kami menemui salah seorg dr mereka hinggalah kami berjaya mencapai apa yg kami kehendaki, tetapi kemudian beliau segera beristighfar, dgn beristighfar telah merosakkan apa yg kami dapati darinya, kami tidak pernah putus asa dari (menggoda)nya dan kami tidak akan mendapat kehendak kami drpdnya."

Saturday, October 10, 2009

Fikir-Fikirkanlah Duhai HambaNya...


Pelajar
: Ustaz, macam mana kita nak kenal Allah?


Ustaz : Terdapat banyak cara untuk kita nak kenal Allah.

Pelajar: Apakah cara-caranya ustaz?

Ustaz : Antaranya kita kenal Allah dengan melihat dan menghayati kejadian-kejadian ciptaan-Nya.

Pelajar: Macam mana tu?

Ustaz : Cuba kamu lihat langit, bagaimanakah ia dicipta dan diangkat ke atas?

Pelajar: Yelah ustaz, langit berada di atas tanpa ditongkat. Betapa agungnya Allah SWT.

Tuesday, October 6, 2009

AL-QURAN TETAP TERPELIHARA



Di sebuah rumah milik seorang muslim yang bernama EN. MOHD FAROOQ dari Tappachabutra, Hyderabad, anai-anai telah memakan sebuah AL-QURAN yang berusia 1oo tahun. Keseluruhan kulit naskah AL-QURAN dan kotak yang melindungi AL-QURAN tersebut telah rosak dan hampir musnah kerana dimakan oleh anai-anai termasuklah terjemahan AL-QURAN tersebut ke dalam bahasa urdu. Apa yang menakjubkan adalah anai-anai tersebut langsung tidak menyentuh huruf asal AL-QURAN yang bertulis dalam bahasa arab.

ALLAHUAKBAR !! inilah tanda kebesaran ALLAH SWT. Sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa dan AL-QURAN adalah ‘mesej’NYA untuk manusia tapi sejauh mana dan adakah kita mempelajarinya? Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan amalan dan mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa..AMIIN..