Friday, January 14, 2011

Ingin Sekali Aku Mencontohinya



Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk Yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). (al-Isra’: 67)



Terdengarkan ayat ini, teringat aku akan sebuah kisah sahabat Rasulullah yang bernama Ja’far as-Sadiq r.a. yang mana dia telah ditanya oleh seorang lelaki berkenaan “ALLAH”. Beliau telah menggunakan kebijaksanaannya di mana beliau menggunakan analogi yang sangat bernas yang telah disebut di dalam kitab Allah surah al-Isra’ ayat 67 yang menjelaskan berkenaan bagaimana untuk faham dengan lebih jelas berkenaan Allah.

Beliau telah bertanyakan kembali kepada lelaki tersebut;

Ja’far as- Sadiq : Tidak pernahkah anda belayar di laut?

Lelaki : Pernah.

J’far as- Sadiq : Pernahkan anda dilanda ribut taufan?

Lelaki : Ya.

Ja’far as- Sadiq : Pada ketika itu, adakah anda merasa putus harapan daripada kelasi-kelasi dan alat-alat penyelamat?

Lelaki : Ya.

Ja’far as- Sadiq : Adakah terlintas di hati anda dan tercetus di dalam jiwa anda pada ketika itu bahawa di sana ada Yang Kuasa menyelamatkan anda jika Ia mahu?

Lelaki : Ya, ada.

Ja’far as- Sadiq : Itulah Dia Allah Ta’ala.

Dari kisah ini, begitu tepat analogi yang disebutkan dan membuatkan diriku lebih faham mengenai Allah dan untuk beriman denganNya.

Begitu juga tertarik aku kepada bagaimana cara dakwah dan kebijaksanaan sahabat dalam menyampaikan sejurus menjelaskan mengenai Yang Maha Esa dan membuatkan seseorang itu beriman dengan lebih yakin dengan Allah.

Kuharapkan, diri ini dapat mencontohi dan meneladani apa yang telah ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah dalam menyampaikan mesej-mesej Islam kepada ummah akhir zaman ini, insyaAllah…

Friday, November 12, 2010

TEGAKKAN ISLAM WAHAI PEJUANG



Kita adalah rantai-rantai penyambung perjuangan ISLAM,


Letakkanlah ISLAM dan yang hak ditempat yang sepatutnya,

ISLAM bukan untuk ditindas dan bukan juga untuk dipermainkan,

Biarpun rintangan dan dugaan dihadapi,

Tempuhilah dengan penuh kesabaran,

Kerana itulah sebenarnya kemanisan dalam berjuang,

Bergeraklah di dalam saf-saf yang benar,

BERJUANG MENEGAKKAN KEMA'RUFAN, MENENTANG KEZALIMAN

ALLAHUAKBAR...

AMAR MA’RUF, NAHI MUNGKAR

MUQADDIMAH

1) Amar Ma’ruf Nahi Mungkar = suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat dititikberatkan di dalam Islam

2) Mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya

3) Hidup manusia = mudah lupa, lemah dan serba kekurangan, didatangkan para Nabi as sebagai pencetus kebangkitan dan penegur atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan

4) Hukum Amar ma’ruf nahi Mungkar adalah WAJIB


DALIL

Antaranya :

“Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada ma’ruf dan mencegah daripada mungkar. Merekalah orang-orang yang berjaya.”(‘Ali-‘Imran:104)

Abu Hurairah r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

SYARAT YANG MEMERLUKAN NAHI MUNGKAR

1) Perkara mungkar tersebut adalah terlarang dalam syariat Islam.

2) Kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan.

3) Kemungkaran itu di dalam perkara yang telah diketahui hukumnya bukan yang dihukum secara ijtihad.


BEBERAPA KEPERLUAN KESEDIAAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

1. Keimanan yang mendalam

2. Ilmu yang hak

3. Matlamat untuk keredhaan Allah


TAHAP KEMUNGKARAN DAN CARA MENCEGAHNYA

1) Orang yang melakukan perkara mungkar namun tidak mengetahui perkara tersebut adalah mungkar = Nasihat secara lemah lembut

2) Orang yang sudah mengetahui bahawa perkara tersebut adalah mungkar dan ditegah namun masih berani melakukannya = Memberi nasihat dan menggambarkan ancaman Allah dan kemurkaan-Nya

3) Apabila cara lembut tidak diendahkan, gunakan cara kekerasan dalam mencegah mungkar tersebut tetapi perlu BERHIKMAH

4) Mengubah dan mencegah kemungkaran dengan tangan sendiri @ kuasa yang ada


KAEDAH AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi saw, iaitu:-

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)

1. Dengan tangan ( Kuasa / pemerintahan)

- contoh, jika seseoang itu menjadi pengarah syarikat atau organisasi pentadbiran, dia boleh melaksanakan sesuatu arahan contohnya mewajibkan kakitangan atau pekerjanya menutup aurat, berkelakuan sopan, mengasingkan antara lelaki dan perempuan, menepati masa dan sebagainya

2. Dengan lidah / ucapan / lisan

- sekiranya seseorang atau kumpulan tidak mampu mengubah dengan kuasa- yang beerti ia mesti dilaksanakan melalui kaedah lidah lisan. Banyak cara atau kaedah yang boleh dilakukan dengan cara ini termasuk;

a.) Nasihat / peringatan

b.) Penerangan

c.) Penulisan

3. Dengan Hati (membenci dan tidak meredhai)

- boleh dilakukan setelah berikhtiar melalui kaedah kuasa dan lidah yang tidak memberikan kesan bahkan memudharatkan


STRATEGI MENJALANKAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

- memerlukan kebijaksaan, ketegasan, iltizam dan tidak putus asa

- strategi yang paling berkesan = amar ma’ruf nahi mungkar secara berjemaah - mempunyai kekuatan dan sokongan yang ramai.

Tuesday, November 9, 2010

Kelebihan Surah Al Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.