Tuesday, July 14, 2009
dah lame rasanye kitorang xupdate blog ni...ye la..agak sibuk (mcm jpp pulak) hehe...
semalam (13 julai) kemasukan untuk budak2 ppismp julai 09..alhamdulillah, semua urusan pada hari pendaftaran tu berjalan lancar..kitorang pulak terlibat jadi ajk untuk minggu mppb ni..
bercakap pasal mppb ni,teringat pulak masa mula2 masuk ke IPIS dulu..masing-masing nampak cam pendiam je..ye la kan..xkenal lagi ngan kawan-kawan mase tu..nak tegur pun kadang-kadang rasa malu..biase la tu..bak kata orang "tak kenal maka xcinta"..bile dah kenal, bukan main lagi sembang macam-macam..masing-masing sibuk cerita pasal sekolah lame,cerita pasal negeri sendiri dan banyak benda lagi lah..
ape-ape pun, SELAMAT DATANG kepada antum sekalian dan diharap semoga adik-adik (bg yg lahir thn 1991) dan sahabat-sahabat (yg sebaya lahir thn 1990) yang baru masuk ni dapat menyesuaikan diri di IPGM KPI ini dan seterusnya bersama-sama memelihara nama baik IPGM kite ni..INSYAALLAH..
rasanye tu je la yg kitorang nk bagitau kot...hehehe
INSYAALLAH pada masa yang akan datang kitorang post artikel @ ape-ape maklumat yang boleh kite kongsi & jadikan panduan kat sini...k...
WALLAHUA'LAM...('',)
Sunday, July 5, 2009
Ketahuilah bahawa:
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH 'malu' untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.
renungkanlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA....INSYAALLAH...
Monday, June 15, 2009
sama2 kita renungkan..
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati kitalah yang patut memberi sedekah.Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk memberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila menghadap Allah, baik di rumah mahupun di masjid,pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju(ketika b'solat di rumah). Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00..satu pelajaran 8 kali hadir,tapi kepada Tok Guru Quran, nak bayar RM15.00 sebulan,20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Sunday, June 14, 2009
A true story happened in the U.S. Moga kita boleh ambil iktibar…
There’s one asian muslim lady, pakai tudung and with good akhlak. One nigth this lady was on her way home, walking all by herself. Since she finished job late, she decided to take the short cut to her house. She walked at an isolated lorong and the surroundings made her feel very uncomfortable. Tiba-tiba dia nampak ada one guy (white American male) standing againts the wall kat tepi lorong tu. Dia rasa takut & tak sedap hati…all that she can do was pray to Allah for her safety….dia baca ayat kursi dgn penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat tu.
Masa she passed by that guy, dia sempat tengok muka lelaki tu.Fortunately that guy buat tak endah jer and this lady selamat sampai ke rumah dia. The next morning, this lady terbaca dlm newspaper that an American lady had been raped by an unknown stranger dekat lorong yg dia jln semalam just 10 minutes after she passed that lorong.
She was very positive that the guy she saw last nigth was the rapist. So she went to lodge a police report & became a witness to the rape case.She identified the rapist and
after further investigation the police had proved that the guy was really the rapist.This muslim lady hairan juga why that man tak rape dia masa dia lalu kat lorong tu, but rape the next passer by at that lorong. She really wants to know..so she asked for permission to talk to the rapist before any punishment dijatuhkan….
She asked the rapist “Why dont U do anything to me on that nigth eventhough you know that I’m alone?”
The rapist jawab…”No, you are not alone.That nigth I saw two young man walking with U.One on ur right side & the other one was by your left side.If U were alone of course U will be my victim.”
That muslim lady was very supprised to hear the answer……dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam tu,may be juga berkat ayat Kursi yg dia baca mlm tu.
;-Sumber : Artikel ini diperolehi dari satu laman web..tp ms ana study kt maahad dulu,ustzh ana ade gak crite psl kisah ni kt ktorg..so,ble ana t'jumpe artikel ni ana rase t'ingin nk kongsi kt antum skalian..slmt m'bc n smoga mjdi iktibar wt kte sume..INSYAALLAH..
wahai gadisku...
Rupa paras Rabi’ah Adawiyyah yang menarik ialah dua bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan kalimah dan maksudnya.
Tentu kau tahu bahawa kekurangan nafsu itu mampu dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan sifat malu……….satu-satunya sifat yang ada untuk membelenggu nafsu didalam penjaranya. MALUlah yang menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu. Malu itulah yang menjadi kata hikmat para nabi dahulu seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
“Bila kau tidak malu,buatlah apa yang kau mahu”
Dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malu mu itu, kau boleh melakukan apa saja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.
Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu
Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa
Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu!!!!!!!
na'uzubillah!!! Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya. Kesian dia… di dunia terhina di akhirat merana…
Wahai Gadisku
Bukankah namamu Rabi’ah Adawiyah yang berupa paras seperti yang ku paparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis pilihanku itu.
Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan hatiku ini. Cuma disini, aku ingin benar menukilkan beberapa bentuk rupamu yang perlu kau ukirkan dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan dan diet jiwamu agar menjadi gadis yang paling cantik di duniaku:
Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan loyang, atau sutera bukan benang.
Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada perkara-perkara berikut:
a) Ikhlas hati kepada Allah
b) Bersikap benar dalam segala keadaan
c) Tetap pendirian dalam perjuangan
d) Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w atau hidup dalam lingkungan syarak
e) Sentiasa redha dengan qada’ Allah
f) Gigih berikhtiar sebelum bertawakkal/berserah diri
g) Meninggal jauh segala sifat-sifat nifak atau kepura-puraan
Apabila bahan-bahan itu diadun dengan baik, pastinya kau kelihatan sebagai sebutir permata ditengah-tengah pepasir bukannya kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah pakaianmu ditenun dengan takwa. Biarlah make-up mu dicampur dengnan senyum mesra. Dan biarlah gerak langkahmu disulam dengan rasa rendah diri sentiasa.
Kedua: Jadilah ubat bukannya penyakit atau mawar bukannya racun.
Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar yang tidak mudah dipetik. Namun ianya amat berguna.Ramuan ubat hendaklah disatukan daripada bahan-bahan berikut:
a) Sabar yang indah dalam menempuh tribulasi/mihnah/ujian.
b) Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup merempuh angin dan bukannya menurut angin
c) Banyak memberi bukannya menerima. Sudah tentu sebelum menerima perlu memiliki sebab orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi sesuatu. Berkhidmat dahulu, hasil menyusul kemudian
d) Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran menjadi kelas pertama
e) Bertindak mencari kekayaan dan mencipta peluang. Bukannya bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan
f) Membuang tiga sifat orang-orang kecil sejauh mungkin iaitu membuang masa, banyak menguruskan hal-hal kecil dan suka bertengkar/berdebat
Semua ramuan di atas berupa sabar, berlapang dada, berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar kehidupan cemerlang.
Ketiga : Jadilah penyuluh bukan pembunuh
Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima cahaya dan tembus oleh cahaya. Antara bahan yang diperlukan ialah:
a) Ibadah syakhsiyyah
b) Nasihat dan kata hikmat
c) Budi pekerti mulia dan adab sopan berharga
d) Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w
e) Petunjuk Allah yang utama iaitu kitab Al-Quran yang mulia
Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. Sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya. Maka inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup : al-Quran, Hadis, akhlak, nasihat dan ibadah. gunalah, kau akan menjadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.
Keempat: Beberapa peringatan
Senjata lidah ialah bahasa
Jadilah orang yang pandai berbahasa,INSYAALLAH kau akan hidup aman bahagia.
Jadilah orang yang berakal minda,INSYAALLAH kau akan meraih kejayaan dan banyak harta.
Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan identiti yang mendalam dan pengalaman hidup sendiri.
Dengan ini aku kira cukuplah DIET dan penjagaan diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah itu. Sesungguhnya herba yang ku kumpulkan itu bisa menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan permata, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya kau menjadi sebutir permata ditengah-tengah serpihan batu yang bertaburan.
Wahai Gadisku
Buat akhirnya, jutaan kemaafan ku pinta seandainya coretan ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga ku pinta, seandainya terdapat di dalam coretanku ini kesilapan yang tak dapat ku temui. Besarlah harapanku darimu Wahai Gadisku agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang baik.
Dan…ingatlah selalu bahawa :
“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin” AN-NUR :3
“wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” AN-NUR:26
SEKIAN, BUATMU WAHAI GADISKU……….
:-Petikan dari Majalah As-Saniah 1996, bil.4, Sek.Men. Ugama Arab Saniah,Pasir Puteh Kelantan