Friday, February 26, 2010

Wahai sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat sekalian, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama meningkatkan martabat al-Quran sebagai asas panduan hidup kita sebagai hamba Allah dalam menempuhi mehnah di dunia untuk menuju ke akhirat yang kekal selamanya…

Baca dan Hayatilah…

Ya Allah, tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujah untuk kami.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan al-Quran, serikanlah kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran. Masukkan kami kedalam syurga dengan syafaat al-Quran. Selamatkanlah kami dari segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendingding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagi panduan dan ikutan kepada segala kebaikan. Amin ya rabbal alamin…

Wednesday, February 24, 2010

JOM BERPANTUN...!!!! (",)

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Saturday, February 13, 2010

Pemimpin Mengikut Islam


Hayatilah wahai pemimpin…

Jadikanlah risalah ini sebagai salah satu tazkirah atau peringatan bagi diri kita, insyaAllah…

1. Niat Yang Ikhlas
Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat yang bertepatan dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan terhadap seseorang individu.

2. Lelaki
Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).

3. Tidak Meminta Jabatan

Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Berpegang Dan Konsisten Pada Hukum Allah
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman, ”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49). Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya dilucutkan daripada jabatannya.


5. Memutuskan Perkara Dengan Adil

Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

6. Sentiasa Ada Ketika Diperlukan
Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin atau pemerintah yang menutup pintunya terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).

7. Menasihati Rakyat
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka (rakyatnya).


8. Mencari Pemimpin Yang Baik
Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorg khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, iaitu pembantu yang menyuruh kepada kebaikan dan mendorongnya kesana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan mendorongnya ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,” (Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).

9. Lemah Lembut
Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kepada mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.

10. Tidak Meragukan

Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).

11. Terbuka Untuk Menerima Idea & Kritikan
Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ini adalah platform bagi rakyat untuk memberi idea atau kritikan kepada kerajaan & pemimpin agar sama mengembling tenaga & ijtihad ke arah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika dilantik mnjdi khalifah, beliau menegaskan “..saya berlaku baik, tolonglah saya, dan pabila saya berlaku buruk, betulkan saya..”, manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorg wanita ketika memberi arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.

Friday, February 12, 2010

Ghazwatul Fikri (Serangan Pemikiran)

Ghazwul Fikri (Serangan Pemikiran) dilakukan oleh orang kafir terutama orang Kristian kepada Ummah Islam. Usaha ghazwul fikri kepada ummah Islam adalah usaha yang sistematik dan dirancang secara kemas sebagai jalan lain dan utama bagi menghancurkan Islam. Ghazwatul Fikri adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan pihak kuffar dan menakutkan mereka sedangkan ummah Islam sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran fizikal tersebut semasa seperti semasa perang Salib.

Serangan fizikal yang dilakukan kepada ummah Islam akan menjadikan ummah Islam kuat dan akhirnya menang. Perkara ini telah banyak dibuktikan di dalam sejarah sama ada semenjak Nabi Muhammad SAW atau sejarah Ummah Islam secara umumnya. Dengan tekanan fizikal, Umat Islam menjadi berani kerana Allah SWT dan RasulNya banyak berjanji kepada mereka yang berjihad dimana mereka akan mendapat ganjaran yang sangat banyak. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi, sedangkan pihak kuffar berperang untuk mencari hidup dan takutkan mati. Keadaan puak kafir itu telah menjadikan mereka kalah sebelum berperang.

Orang Kafir berjaya mengalahkan umat Islam dengan menyerang pemikiran mereka, sehingga umat Islam merubah cara berfikir. Umat Islam yang sudah terkena suntikan pemikiran barat atau pemikiran Jahiliyah yang disuntik ke dalam otak umat Islam secara bertahap, pasti akan merubah tingkah lakunya seperti personaliti, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Dengan keadaan ini, maka umat Islam hanya tinggal status sahaja. Muslim tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan menyerang Islam pula dengan pemikirannya yang jahil sebagai mangsa dari ghazwatul fikri ini.

Kejatuhan Khilafah Islamiyah sebagai contoh besar kehancuran kerajaan Islam dan juga sebagai kehilangan umat Islam untuk memberikan walanya. Kejatuhan Khilafah Islamiyah dilaksanakan oleh pihak Kristian dan Orientalis mengikut beberapa peringkat.

Sekarang ini, banyak fenomena yang berlaku ke atas kejatuhan umat islam di antaranya nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya,”Akan muncul satu golongan di akhir zaman ini iaitu golongan yang menjatuhkan islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mengaku diri mereka islam. Maka perangilah golongan ini kerana merekalah sebenarnya orang musyrikin”.

Jadi kita sebagai umat islam diwajibkan ke atas kita untuk berjuang di jalan Allah dalam mempertahankan agama yang paling mulia di sisi Allah iaitu ISLAM.

Thursday, February 4, 2010

Wednesday, January 27, 2010

Ayat Al-Quran dalam surah Al-Ahzab ayat 59 bermaksud:

"Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang' "

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut kepala dengan cara memakai tudung. Memakai tudung belum cukup untuk memenuhi kriteria menutup aurat. Tetapi memakai tudung adalah salah satu daripada kriteria menutup aurat.

Apalah ertinya bertudung, tetapi pakai baju singkat. Bila angkat tangan, nampak badan.
Apalah ertinya bertudung, tetapi tudungnya di selimpang di bahu hingga menampakkan tubuh badan.

Itu yg terjadi dgn kbnyakan pempuan2 skrg. Pakai tudung sbb nak keje kerajaan, bf suh atau takut dipandang serong oleh bakal mak mertua dan masyarakat. Takut kalau tak pakai tudung, lelaki tanak amik buat bini. Kesedaran tak dtg dalam diri. Sebab tu jadiknya tak selaras dgn tuntutan agama....

Kalau bertudung nmpak rambut,
Kita tengok mcm beserabut,
Style barat itu yang diikut...

Pakai tudung nmpk leher,
Asyik jalan ke hulu ke hilir,
Tutup aurat tak nak fikir!

Pakai baju lengan pendek,
Aku kat sini tengok dah serik,
Agama lain tengok tentu pelik..

Seluar pulak sempit2,
Bertudung tpi ikut merempit,
Tak malu jalan berkepit-kepit...

Pakai baju ketat2..
Suka ati buka aurat,
Tak ke iman kaum Adam tergugat?

msalah pmakaian tudung tidak sukar jika stiap muslimah ad ksedaran untuk mnutup aurat mereka..tapi bagaimana ksedaran hendak dibentuk jika tiada yang tampil memberi peringatan kpd golongan hawa ini. ana lihat muslimah hari ini terdapat 3 golongan.

1 golongan bertudung labuh.

2 golongan bertudung sederhana.

3 golongan yang tidak bertudung.

jika diperhatikan muslimah bertudung labuh hanya nak berkawan dgn yg bertudung labuh juga.ana x slahkn mreka.tp seolah2 mreka mngetepikan sahabat yg tidak bertudung.pada ana siapa lg yg hndak mmberi teguran jika ukhuwah antara mereka tidak terbina.mmg ad mngatakan kta prlu bersahabat dgn org2 baik...tp mngapa pula sgelintir muslimah mmandang serong bg golongan yg tidak mnutup aurat.bukan ke mereka itu tidak mmakai tudung krn mreka jahil..jd ana syorkan agr golangan yg baik2 ini dapat mrapati mereka yg kurg didikan agama ini krn jln terbaik untuk mngubah sseorg manusia itu adalah dgn mnjadi sahabat mereka. dengan itu ksedaran akn dtg scara sndiri..biarla mreka mmakai tudung krn diri mreka dan bukan dgn paksaan krn itu akn kekal..marila sme2 kte mmbantu sahabat 2 yg mmrlukan .

dan kepada yang telah bertudung.. ingat, jangan sampai kita jadi fitnah kepada agama sendiri. bertudung tapi buat maksiat. kita yang buat tapi islam yang dicaci.. dan peringatan buat kaum muslimin jugak.. perbaikilah akhlak agar kita dapat menyebarkan islam ke mana jua kita pergi..


"pakailah tudung kerana Allah. kekalkan cintamu pada Allah sepertimana kekalnya tudung di atas kepalamu. andai tudung itu tidak menutupi mahkotamu, maka hilanglah cintamu pada-Nya dan berterbanganlah cinta-Nya padamu . Lantas, pada siapa yang akan kau pohon rezeki yang halal jika hilangnya cinta itu?"

wallahu'alam...

**di'edit' dari iluvislam...sekadar perkongsian dan renungan wt kaum hawa...(",)




Thursday, January 21, 2010

salam...
huh...lamanye xupdate blog ni...
dh bersawang2 kot..huhu...

haa...nk ambik kesempatan ni nk ucap TAHNIAH kt rumate...
skrg ni dh jd JPP...makin byk le kje ko ek...huhu..
semoga amanah yang dipikul ni nnt akn dilaksanakan dgn penuh tanggungjawab...
jgn risau..rumate ko ni akn sntiasa menyokong ko...hehe...

ALHAMDULILLAH...
skrg ni kte dh naik sem1 PISMP...mknanye kte kne lh jd lbih kuat...
jasmani n rohani...fizikal n mental...
byk lagi bnda2 baru yg bakal kte tempuh sem ni...
PBS la..tugasan projek la..KKP la..KKBI la...dan mcm2 lg la yg sewaktu dgnnya..huhu..
lebih2 lagi kte kne wt persediaan awal nk hadapi MQA nnt...
semuanye akan memeningkan kepala...hehe..

nnt blog ni pun jrg2 la kte nk update...
xpe2...klu ade pape yg boleh kte share, nnt kte post kt blog ni...
k la..rasanye xde pape lg yg nk d 'borak'2..hehe..

k...wasalam...