Monday, June 15, 2009

sama2 kita renungkan..

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang sepatutnya dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati kitalah yang patut memberi sedekah.Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk memberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila menghadap Allah, baik di rumah mahupun di masjid,pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju(ketika b'solat di rumah). Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00..satu pelajaran 8 kali hadir,tapi kepada Tok Guru Quran, nak bayar RM15.00 sebulan,20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Sunday, June 14, 2009

A true story happened in the U.S. Moga kita boleh ambil iktibar…

There’s one asian muslim lady, pakai tudung and with good akhlak. One nigth this lady was on her way home, walking all by herself. Since she finished job late, she decided to take the short cut to her house. She walked at an isolated lorong and the surroundings made her feel very uncomfortable. Tiba-tiba dia nampak ada one guy (white American male) standing againts the wall kat tepi lorong tu. Dia rasa takut & tak sedap hati…all that she can do was pray to Allah for her safety….dia baca ayat kursi dgn penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat tu.

Masa she passed by that guy, dia sempat tengok muka lelaki tu.Fortunately that guy buat tak endah jer and this lady selamat sampai ke rumah dia. The next morning, this lady terbaca dlm newspaper that an American lady had been raped by an unknown stranger dekat lorong yg dia jln semalam just 10 minutes after she passed that lorong.

She was very positive that the guy she saw last nigth was the rapist. So she went to lodge a police report & became a witness to the rape case.She identified the rapist and
after further investigation the police had proved that the guy was really the rapist.This muslim lady hairan juga why that man tak rape dia masa dia lalu kat lorong tu, but rape the next passer by at that lorong. She really wants to know..so she asked for permission to talk to the rapist before any punishment dijatuhkan….

She asked the rapist “Why dont U do anything to me on that nigth eventhough you know that I’m alone?”

The rapist jawab…”No, you are not alone.That nigth I saw two young man walking with U.One on ur right side & the other one was by your left side.If U were alone of course U will be my victim.”

That muslim lady was very supprised to hear the answer……dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam tu,may be juga berkat ayat Kursi yg dia baca mlm tu.

;-Sumber : Artikel ini diperolehi dari satu laman web..tp ms ana study kt maahad dulu,ustzh ana ade gak crite psl kisah ni kt ktorg..so,ble ana t'jumpe artikel ni ana rase t'ingin nk kongsi kt antum skalian..slmt m'bc n smoga mjdi iktibar wt kte sume..INSYAALLAH..

wahai gadisku...

Rupa paras Rabi’ah Adawiyyah yang menarik ialah dua bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan kalimah dan maksudnya.

Tentu kau tahu bahawa kekurangan nafsu itu mampu dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan sifat malu……….satu-satunya sifat yang ada untuk membelenggu nafsu didalam penjaranya. MALUlah yang menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu. Malu itulah yang menjadi kata hikmat para nabi dahulu seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Bila kau tidak malu,buatlah apa yang kau mahu”

Dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malu mu itu, kau boleh melakukan apa saja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.

Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu

Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa

Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu!!!!!!!

na'uzubillah!!! Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya. Kesian dia… di dunia terhina di akhirat merana…

Wahai Gadisku

Bukankah namamu Rabi’ah Adawiyah yang berupa paras seperti yang ku paparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis pilihanku itu.

Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan hatiku ini. Cuma disini, aku ingin benar menukilkan beberapa bentuk rupamu yang perlu kau ukirkan dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan dan diet jiwamu agar menjadi gadis yang paling cantik di duniaku:

Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan loyang, atau sutera bukan benang.

Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada perkara-perkara berikut:

a) Ikhlas hati kepada Allah

b) Bersikap benar dalam segala keadaan

c) Tetap pendirian dalam perjuangan

d) Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w atau hidup dalam lingkungan syarak

e) Sentiasa redha dengan qada’ Allah

f) Gigih berikhtiar sebelum bertawakkal/berserah diri

g) Meninggal jauh segala sifat-sifat nifak atau kepura-puraan

Apabila bahan-bahan itu diadun dengan baik, pastinya kau kelihatan sebagai sebutir permata ditengah-tengah pepasir bukannya kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah pakaianmu ditenun dengan takwa. Biarlah make-up mu dicampur dengnan senyum mesra. Dan biarlah gerak langkahmu disulam dengan rasa rendah diri sentiasa.

Kedua: Jadilah ubat bukannya penyakit atau mawar bukannya racun.

Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar yang tidak mudah dipetik. Namun ianya amat berguna.Ramuan ubat hendaklah disatukan daripada bahan-bahan berikut:

a) Sabar yang indah dalam menempuh tribulasi/mihnah/ujian.

b) Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup merempuh angin dan bukannya menurut angin

c) Banyak memberi bukannya menerima. Sudah tentu sebelum menerima perlu memiliki sebab orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi sesuatu. Berkhidmat dahulu, hasil menyusul kemudian

d) Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran menjadi kelas pertama

e) Bertindak mencari kekayaan dan mencipta peluang. Bukannya bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan

f) Membuang tiga sifat orang-orang kecil sejauh mungkin iaitu membuang masa, banyak menguruskan hal-hal kecil dan suka bertengkar/berdebat

Semua ramuan di atas berupa sabar, berlapang dada, berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar kehidupan cemerlang.

Ketiga : Jadilah penyuluh bukan pembunuh

Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima cahaya dan tembus oleh cahaya. Antara bahan yang diperlukan ialah:

a) Ibadah syakhsiyyah

b) Nasihat dan kata hikmat

c) Budi pekerti mulia dan adab sopan berharga

d) Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w

e) Petunjuk Allah yang utama iaitu kitab Al-Quran yang mulia

Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. Sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya. Maka inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup : al-Quran, Hadis, akhlak, nasihat dan ibadah. gunalah, kau akan menjadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.

Keempat: Beberapa peringatan

Senjata lidah ialah bahasa

Jadilah orang yang pandai berbahasa,INSYAALLAH kau akan hidup aman bahagia.

Jadilah orang yang berakal minda,INSYAALLAH kau akan meraih kejayaan dan banyak harta.

Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan identiti yang mendalam dan pengalaman hidup sendiri.

Dengan ini aku kira cukuplah DIET dan penjagaan diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah itu. Sesungguhnya herba yang ku kumpulkan itu bisa menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan permata, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya kau menjadi sebutir permata ditengah-tengah serpihan batu yang bertaburan.

Wahai Gadisku

Buat akhirnya, jutaan kemaafan ku pinta seandainya coretan ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga ku pinta, seandainya terdapat di dalam coretanku ini kesilapan yang tak dapat ku temui. Besarlah harapanku darimu Wahai Gadisku agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang baik.

Dan…ingatlah selalu bahawa :

“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin” AN-NUR :3

“wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” AN-NUR:26

SEKIAN, BUATMU WAHAI GADISKU……….

:-Petikan dari Majalah As-Saniah 1996, bil.4, Sek.Men. Ugama Arab Saniah,Pasir Puteh Kelantan

Sunday, June 7, 2009

"Pehh..cun siot !", kata si A smbil m'buat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni x kuar umah la aku nmpaknye", kata si B pulak smbil mengenyit2 matanya yg hanya terbuka setengah cm.

"Huiyyo.. ", tak lepas pandangan si C melihat si dia yg terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yg mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.
(aisey..keluar pulak istilah sains)


Lebih kurang camni la kot respon kwn2 kita bila nampak pompuan cantik (zahir je..). Pantang lalu dpn mata,abis semuanya dipanah oleh mata2 liar. Mungkin diorang tak tau yg panahan mata tu akan berbalik kat diorang sendiri akhirnya. Sedih. Kadang2 kita sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal2 macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga2 diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yg kadang2 tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yg boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yg beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka..."


Jika seseorang individu itu x menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman sesetengah org, sequence ke arah zina ni lebih kurang macam ni :

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar (naudzubillah)

Sebenarnya sequence ni memang reliable kalau difikir secara logik akal yg sihat. Malah,mungkin ramai ulama'2 dan ustaz2 yg berpendapat sama seperti yg terangkan kat atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yg akhirnya bercambah menjadi dahan2 maksiat yg merimbun. Zina bermula dengan pandangan yg tak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina. Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' kat sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yg jaraknya, let say 1220 langkah. Bila Ali melangkah setapak keluar rumah je itu dah dikira mendekati kedai tersebut, agree? So, pandangan yg tak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah kat mana2. Paling berlambak kat shopping complex & universiti.hmmm, kat sekeliling kita pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yg dimaksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yg berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Adakah mereka yg bercouple ni tak tau hukum yg sebenarnya? So, artikel ini adalah bertujuan untuk BERKONGSI dan MEMBERITAHU. Kalau sesiapa yg tengah bercouple atau hampir nak bercouple, pastu dia rasa maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati2. Syaitan tu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Kalo nak ikut nafsu syaitan jugak, then go for it. Tapi ingat azab Allah kat akhirat nanti takkan ada penangguhan. Lepas baca artikel ni fikir kenapa Islam xmenggalakkan gejala 'couple' sebelum nikah.

WALLAHUA'LAM...

budak2 b'couple zaman sekarang...

1) Seronok (dpt fitnah)...

2) Seronok (dpt dosa)...

3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) Byk habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)... tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan...

6) Banyak risau (takut awek org lain kebas... berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating... tak pulak risau!)...

7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...

8)Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj....yg lain dah tak kisah)...

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah... sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)..

10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd saham PAHALA...


-kite pulak...??WALLAHUA'LAM...NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK...

Wednesday, June 3, 2009

slm...ana nk kongsi sikit..td ana terbaca satu artikel dan ana rasa ana ingin kongsikan kepada antum sekalian..terutama bg yg muslimin..ana cuma ambil point2 penting shj..sama2 kita renungkan..


LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA

AYAH
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

SUAMI
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

ABANG
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

KEPADA GOLONGAN LELAKI, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

KEPADA GOLONGAN WANITA, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

P/S:Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??


-jadi..kpd yg muslimin & muslimat, masing-masing ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan..smoga kita manfaatkan masa cuti ini untuk laksanakan tanggungjawab kita terhadap keluarga..


hayya naqra'..

PERSAHABATAN YANG BAIK

Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Sesungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini.


Sesungguhnya suasana ukhuwah atau semangat persaudaraan Ikhwanul Muslimin yang telah dinikmati oleh anggotanya adalah seumpama air dengan ikan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang menghadapi kesulitan, kelekaan, kelesuan, kealpaan atau mengikut pujukan syaitan tidak akan dibiarkan begitu sahaja supaya tidak hanyut dalam suasana sedemikian yang terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan.

Muslim yang mempunyai sahabat yang baik tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu. Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan.

Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya. Persahabatan yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupa-kan pembantu dan bekalan sepanjang jalan. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan ja-nganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan”.

Jelaslah, arahan ini bukanlah ditujukan kepada individu semata-mata tetapi ditujukan khasnya kepada umum. Namun persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-memandang sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi, wasiat-mewasiati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan.

Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya :

“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu daripadanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”

Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya. Oleh kerana pentingnya persahabatan yang itu dengan segala kebaikan dan faedah yang lahir daripada nya terhadap Islam dan umatnya maka kita dapati Islam serta syari-atnya memelihara nilai-nilai persahabatan, mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpaduan serta mengharamkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu, berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia).

Ingatlah pesan Raslullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, saling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang berpaling dari saudaranya melebihi dari tiga hari”.


Alangkah bahagianya kita dengan nikmat persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memeliharanya dengan segala kemampuan dan cara yang ada.Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat yang soleh, bersahabatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan.

“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.

semoga kita mendapat manfaat......insyaALLAH..