Monday, July 12, 2010

Rasulullah dan Kebenarannya

Org bukan Islam berkata : "al-Quran menerangkan bahawa Muhammad tidak pernah berbicara menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri. Sedangkan ada perubahan wahyu yang pertama dan kedua di dalam al-Quran. Hal itu bererti berlawanan. Dan ini bererti semuanya terjadi dengan kemahuan hawa nafsunya sendiri dan sekaligus sebagai bukti bahawa al-Quran adalah bukan wahyu"

Inilah kata-kata orang bukan Islam terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
kita sebagai umat Islam wajiblah ke atas kita untuk mempertahankan Rasul junjungan besar kita ini agar Islam tidak jatuh dan terus jatuh di tangan orang bukan Islam.

mereka iaitu orang bukan Islam tidak mengerti dan sengaja berniat untuk mempermainkan kata-kata untuk mencapai matlamat dan tujuannya.

Firman Allah swt: "Dan dia (Muhammad) tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri. Perkataannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang disampaikan kepadanya." (An-Najm 3-4)

Allah swt telah memberi kuasa dan mengamanatkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbicara,

Firman Allah swt: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." (al-Hasyr 7)

Oleh yang demikian, jelas sekali kata-kata orang bukan Islam terhadap Rasulullah adalah salah sama sekali berdasarkan firman Allah di atas. semoga kita sentiasa di jalan yang diredhai Allah pada setiap masa, amin...

Sunday, July 11, 2010

Secebis Perkongsian


Aku kalah pada seorang ustaz….



Selapas 4 taun m’cari ilmu d ngeri org,akhirnya aku pulang ke tnh air dgn gelaran master yg m’jadi kebanggaan aku,kuarga serta org kg aku. Pd satu ptang,stlah seminggu terperap lam umah, aku ingin m’huraikn kekusutan yg ada lam otak ni smbil menyedut udara ptg yg amt segar d kg. tiba satu simpang 2,aku t’serempak ngn imam surau kg aku..

Aku : yo, ustaz!
Ustaz : assalamualaikum wbt..(sambil m’hulurkn tgn knannya. D tgn kirinya ad seutas tasbih dan aku sambut ngn senyuman sinis..ala2 kelat g 2)
Aku : ustaz! Semua org tau,yg saye ni da 4 taun kat overc. Tp,ada 3 soklan yg xdpt sy jmpe jwpn nye. Professor kat sne pun xdpt jwb. Hr ni, sy nk tgk jgk ustaz dpt jwb ke x…
Ustaz : apa soalannya? Setiap kekusutan pasti ada peleraiannya. Jika xkeberatan, ingin skali ustaz menolongmu,nak…
Aku : soklan (1) ustaz pasti tahu Allah e2 adakan?boleh ustaz buktikan? (2) tolong terangkn pd sy tntg takdir…dan (3) syaitan kan dr api. Knp Tuhan still nk bakar dorang dlm api jgk? sakit ke? Kan dr unsure yg sama…
PANG!!!!!! (tiba2 terasa panas d pipi kirku dgn tmparan tgn knn ustaz 2..)
Aku : ustaz! Knp ustaz tampar saya ni? Ibu bapak sy sndiri xpernah tmpar saya!(sambil mmgang pipi ku yg masih sakit)
Ustaz : tamparan sy td da m’jawab ke tiga2 soklan anak tadi.
Aku : saya xfham la ustaz!
Ustaz : pasti sakit bukan tamparan ustaz tadi?
Aku : memang la ustaz!
Ustaz : boleh ank tunjukkn rasa sakit tu pd ustaz?
Aku : mana boleh ustz! Mcm mne saye nk tunjukkn?
Ustaz : begitulh jwpn tuk sklan p’tama td. Kita tahu kewujudannya, tpi kita xleh Nampak dan buktikn dgn cara yg kasar..tpi kita thu dia ada..
Aku : okey..soklan ke 2 tu plak?
Ustaz : apakah semlm kamu tahu yg hari ni ustaz akn tampar kamu?
Aku : tak ustaz..
Ustaz : mbm tu lh takdir…kita xkn tahu ap yg akn b’lku pd kita d ms hdpan. Tp ia b’lku bkn lah b’shja, pasti ada hikmah d sbliknya tanpa sia2…
Aku : owhh..yg sklan ke 3 mcm ne?
Ustaz : pipi kamu d p’buat drpd ap?
Aku : kulit la ustaz. Xkn tu pom xtau..
Ustaz : pipi kamu?
Aku : kulit jgak..
Ustaz :kamu rasa sakit x bula tgn yg asal dr kulit ni, menampar pipimu yg trut d p’buat dr kulit?
Aku : sakit ustaz..(sambil merenung ustaz pd wajahnya yg b’urat2 tua…)
Ustaz : skrg, ustaz da jwb ke tiga2 sklan kamu td. Kamu da fhm skrg? Ustaz nk mohon maaf pd anak..yg bek tu dtg dr Allah..yg kurang tu, dr kekurangan diri ustaz. Ustaz nk mintak diri dulu ya nak. Mlm ni ada solat hajat kat masjid. Jemputlah dtg ye nak..assalamualaikum wbt…
( ustaz pun b’lalu menuju ke masjid dgn tasbih d tgnnya yg x b’henti2…)
Aku : subhanallah…ya Allah..ampunilah dosa2 ku..jahil nya aku..

(petang e2, gugurlh air mata yg m’beri sejuta pengertian dan keinsafan d jiwaku..soklan yg xpernah ku tahu jwpnnya dpt di huraikn oleh ustaz d kg ku dgn satu tamparan..masya Allah…angin pd ptg e2 menampar lembut d pipiku..walau pipi dan angin yg xsame unsurnya bertemu, ia trase lembut & tidak sdkit pun trasa sakit..aku mlgkah pulang ke rumah dan bersiap2 untuk ke masjid….)

Saturday, July 10, 2010

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy


Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang. Sesungguhnya contoh yang terbaik adalah Rasulullah s.a.w



"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."



Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.



"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."



Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"



Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'



Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."