Sunday, May 9, 2010

Palestin, Aku Bersamamu...

62 TAHUN NAKBAH PALESTIN (15 MEI 1948-15 MEI 2010 )


(Sempena 62 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel
sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi
sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar
prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah
Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin
secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting
tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-
orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin
yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuantahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

PENCETUS PENUBUHAN NEGARA YAHUDI

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuatoleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896.
Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya
yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah
pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak
langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

PEMANGKIN PENDUDUKAN HARAM YAHUDI DI BUMI PALESTIN

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasamenyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematikyang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin.Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang
Yahudi.

PERANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa
di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isutersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan `Ketetapan 181′ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestinkepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yangberasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

TERTUBUHNYA ISRAEL ADALAH MALAPETAKA PALESTIN

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung sertaterlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyatPalestin.

PERANAN UMAT ISLAM


Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana
di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama
umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat
Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin
bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab
sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan
keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini.